Women:girls

Program-program Pertubuhan WOMEN:girls berasaskan matlamat praktikal untuk memperkasakan masyarakat yang terlibat dengan memberikan mereka inspirasi untuk menjadi model peranan kepada rakan sebaya dan komuniti mereka; mendedahkan mereka kepada pilihan-pilihan hidup yang bersesuaian untuk membantu mereka mempertingkatkan mutu kehidupan dan kerjaya mereka; serta memadankan mereka dengan sumber dan peluang yang membolehkan mereka merealisasikan potensi masing-masing.

Ikal Mayang yang dilancarkan pada tahun 2013 merupakan satu gerakan penceritaan di bawah tema 'Cerita-cerita Wanita'. Program ini bertujuan untuk menjana diskusi dan perbincangan mengenai isu-isu sosial menggunakan filem pendek sebagai medium pengantara. Lebih daripada 60 filem pendek telah diterbitkan sepanjang lima tahun di bawah program Ikal Mayang oleh pengarah dan pencerita daripada pelbagai latar belakang, jantina dan pengalaman. Program ini juga meliputi bengkel-bengkel kemahiran kehidupan dan pembikinan filem untuk golongan muda dan golongan miskin bandar dan selalunya dianjurkan dan diadakan sempena Hari Wanita Sedunia setiap tahun.

#AkuNakUbah ialah satu program jangkauan masyarakat yang dicipta menggunakan konsep 'penaklukan model peranan di sekolah-sekolah'. Program ini membawa model-model peranan yang terdiri daripada tokoh-tokoh wanita yang telah menempa nama di dalam pelbagai bidang dan kerjaya seperti ahli korporat, usahawan, pelakon drama dan teater, ahli sukan, ke sekolah-sekolah kerajaan untuk memperkenalkan kemahiran hidup yang tidak diajar di dalam sukatan pembelajaran pendidikan. Matlamat program #AkuNakUbah ialah untuk membina kendiri para pelajar dan mendedahkan mereka kepada pelbagai peluang untuk membina kerjaya mereka.

Young Changemakers merupakan satu program kebangsaan yang dilancarkan untuk memberi penghargaan kepada inisiatif, projek dan sumbangan kanak-kanak di Malaysia yang telah bantu membawa perubahan kepada masyarakat sekeliling mereka. Program ini juga bermatlamat untuk menarik minat lebih ramai kanak-kanak untuk memberikan kesan positif kepada komuniti mereka melalui projek-projek kemasyarakatan. Program ini merangkumi program jangkauan sekolah seperti bengkel-bengkel 'perubahan' dan acara kemuncak ialah pencarian untuk penerima Anugerah Young Changemakers Tuanku Bainun yang dianjurkan untuk meraikan Hari Kanak-Kanak Sedunia setiap tahun.

Kejar Kerja merupakan satu program perantisan yang direka khas untuk gadis-gadis yang layak bekerja tetapi tidak mempunyai pendidikan tinggi dan memadankan mereka dengan mentor-mentor ternama di dalam industri kreatif. Program ini melibatkan pendedahan kepada perantis-perantis berpotensi kepada bengkel-bengkel kerjaya supaya mereka dapat memperbaiki kemahiran komunikasi, pengurusan kewangan dan keyakinan diri.

Ibu Nakhoda Hidup ialah satu program keusahawanan yang bertumpu kepada ibu-ibu usahawan dan memperlengkapkan mereka dengan sokongan dari segi pengetahuan perniagaan, rangkaian pemasaran, peluang perniagaan, alatan-alatan yang diperlukan serta bimbingan daripada ahli perniagaan yang berjaya.

Powered by You
+
MasterCard
UNTUK