Terms & Conditions

Terms & Conditions

Terma-terma dan Syarat-syarat Mastercard Priceless Causes

Tarikh Berkuatkuasa: September 20, 2017

Selamat datang ke Priceless Causes. Laman Sesawang Priceless Cause ini ("Laman Sesawang") adalah satu program yang ditawarkan oleh Mastercard Asia/Pacific Pte. Ltd. yang memberikan pengguna-pengguna satu cara yang mudah untuk berbakti kepada masyarakat. Laman Sesawang ini menyediakan anda dengan saluran untuk menderma kepada badan-badan amal yang terpilih dan bagi tujuan yang dikenal pasti di Laman Sesawang ini (“Priceless Causes”). Sila baca terma-terma penggunaan ini dengan teliti sebelum mendaftar dalam Laman Sesawang ini atau menggunakan Laman Sesawang ini, dan simpankan terma-terma untuk rekod anda. Dengan mengakses Laman Sesawang ini, anda bersetuju dengan terma-terma dan syarat-syarat ini dan mana-mana terma-terma dan syarat-syarat tambahan yang mungkin diterbitkan oleh Mastercard dalam Laman Sesawang ini, sebagaimana yang dipinda dari semasa ke semasa (secara kolektif dirujuk sebagai "Terma-terma Penggunaan"). Terma-terma Penggunaan menetapkan syarat-syarat yang terpakai kepada penggunaan Laman Sesawang ini.
DENGAN MENGGUNAKAN LAMAN SESAWANG INI ANDA MENGAKUI BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA, MEMAHAMI DAN BERSETUJUI UNTUK TERIKAT DENGAN TERM-TERMA PENGGUNAAN. JIKA ANDA MEMPUNYAI SEBARANG PERTANYAAN TENTANG TERMA-TERMA PENGGUNAAN, ANDA HARUS BERUNDING DENGAN PEGUAM SEBELUM MENGGUNAKAN LAMAN SESAWANG INI.
Jika anda tidak bersetuju dengan Terma-terma Penggunaan, anda tidak harus mengakses ke Laman Sesawang atau mengguna Laman Sesawang tersebut.
Dalam Terma-terma Penggunaan ini, perkataan-perkataan seperti "anda" dan "anda" bermaksud orang yang telah mengakses Laman Sesawang ini, seperti yang ditakrifkan di bawah, dan/atau telah mendaftar untuk menyertai Program ini. Perkataan-perkataan seperti "kami" dan "kami punya" bermaksud Mastercard.

Kandungan

  • Laman Sesawang
  • Hak untuk Menggunakan Kandungan Laman Sesawang
  • Perubahan-perubahan kepada Laman Sesawang Mastercard dan Terma-terma Penggunaan
  • Penamatan
  • Sumbangan-sumbangan dan Pembelian-pembelian
  • Hak-hak harta Intelek
  • Sumbangan kepada Priceless Causes
  • Aduan-aduan Hak Cipta
  • Pengemukaan atau Maklumbalas
  • Kandungan Pihak Ketiga dan Pautan ke Laman-Laman Sesawang  Lain
  • Notis Privasi
  • Indemnifikasi
  • Penafian Waranti
  • Penafian Gantirugi dan Had Liabiliti
  • Ketidakbergunaan Terma-term Penggunaan untuk mana-mana Perjanjian Pemegang Kad Kad Pembayaran Mastercard
  • Lain-lain

Laman Sesawang

Laman Sesawang ini mendatangkan faedah untuk pemegang-pemegang kad Mastercard dimana pengeluar-pengeluar telah menyampaikan kepada mereka bahawa peluang untuk menderma kepada Priceless Causes disediakan untuk kad mereka. Dengan bersetuju kepada Terma-terma Penggunaan ini, anda bersetuju bahawa: (i) anda hanya mewakili diri anda  dan bukan orang lain; (ii) anda akan memberikan maklumat yang tepat kepada Mastercard, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, maklumat yang diperlukan untuk mendaftar dalam Program ini; (iii) anda tidak akan menggunakan Laman Sesawang ini untuk mengeluarkan semula, memperbanyakkan, menyalin, menjual, menjual semula, mengedar, menyiarkan, atau mengeksploitasi untuk apa-apa tujuan komersial perisian, kandungan, tawaran, pengalaman, produk, atau perkhidmatan yang disediakan oleh Mastercard atau yang diperolehi melalui Laman Sesawang ini tanpa mendapatkan dengan nyata, kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Mastercard. Anda bersetuju bahawa anda sekurang-kurangnya 18 tahun dan anda mempunyai sekurang-kurangnya satu kad Mastercard yang sah. Sekatan ini termasuk sebarang percubaan untuk memasukkan mana-mana maklumat dari Laman Sesawang ini ke dalam mana-mana direktori, produk, atau perkhidmatan lain; (iv) anda akan menyediakan akses anda sendiri untuk menggunakan Laman Sesawang ini, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, mendapatkan dan mengekalkan semua telefon, perkakasan dan perisian komputer, dan peralatan lain dan membayar semua caj yang berkaitan; (vii) anda tidak akan menggunakan Laman Sesawang ini dalam apa-apa cara yang memberikan kesan buruk kepada ketersediaan sumber untuk atau kenikmatan oleh pengguna-pengguna yang lain atau dengan apa-apa cara yang boleh merosakkan, melumpuhkan, membebankan atau menjejaskan Mastercard atau Pembekal Perkhidmatan pelayan atau rangkaian; dan (vii) anda tidak akan menggunakan Laman Sesawang ini untuk sebarang tujuan yang menyalahi undang-undang atau yang dilarang oleh Terma-terma Penggunaan.
Anda adalah bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengekalkan keselamatan dan kerahsiaan akaun, nama pengguna dan kata laluan anda, dan anda bertanggungjawab untuk semua aktiviti dan tingkah laku anda atau tingkah laku sesiapa sahaja yang dijalankan melalui akaun anda. Anda bersetuju untuk memaklumkan Mastercard dengan segera mengenai apa-apa penggunaan yang tidak dibenarkan akaun anda atau apa-apa pelanggaran keselamatan yang lain. Mastercard atau ejen-ejennya tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan dalam apa jua bentuk yang mungkin timbul akibat daripada penggunaan kata laluan atau akaun anda oleh orang lain, sama ada dengan atau tanpa pengetahuan anda; Sungguhpun begitu, anda mungkin bertanggungjawab bagi apa-apa kerugian yang ditanggung oleh Mastercard atau pihak lain akibat daripada penggunaan akaun atau kata laluan anda oleh orang lain.

Hak untuk Menggunakan Kandungan Laman Sesawang

Kami memberikan anda lesen yang terhad, tidak eksklusif,  dan yang boleh dibatalkan untuk anda untuk melihat, berkongsi, mencetak atau memuat turun sebarang kandungan, seperti yang ditakrifkan di bawah, dari Laman Sesawang Mastercard untuk kegunaan peribadi anda sendiri. Anda tidak diberikan hak untuk melesenkan, menerbitkan, mengedar, menyalin, menyerahhakkan, mengeluarkan sublesen, memindahkan, menjual, menyediakan kerja terbitan atau penggunaan mana-mana kandungan bukan peribadi yang lain, Kandungan dalam Laman Sesawang Mastercard. Tiada bahagian daripada mana-mana Kandungan boleh diterbitkan semula dalam apa-apa bentuk atau dimasukkan ke dalam mana-mana sistem dapatan semula maklumat, elektronik atau mekanikal, selain daripada untuk kegunaan peribadi anda. Anda tidak boleh mengakses atau menggunakan Laman Sesawang Mastercard dalam apa-apa cara yang boleh atau bertujuan untuk merosakkan atau menjejaskan Laman Sesawang Mastercard, atau mana-mana pelayan atau rangkaian yang mendasari Laman Sesawang Mastercard, atau mengganggu penggunaan dan kenikmatan orang lain dalam Laman Sesawang ini. Anda juga diberikan hak terhad, yang boleh dibatalkan, dan tidak eksklusif untuk mencipta pautan ke Laman Sesawang ini atau mana-mana Kandungan di dalamnya selagi pautan tidak menggambarkan Mastercard, atau produk atau perkhidmatan secara palsu, mengelirukan, menghina, atau menyinggung perasaan atau membayangkan penajaan atau sokongan Laman Sesawang, halaman atau kandungan anda oleh Mastercard.
Anda tidak boleh menggunakan sistem-sistem automatik (contohnya, robot, labah-labah, dan lain-lain) untuk mengakses Laman Sesawang ini. Anda bersetuju untuk tidak mengumpul maklumat peribadi pengguna-pengguna lain Laman Sesawang ini atau untuk menjual atau sebaliknya mengeksploitasi maklumat tersebut. Kecuali untuk hak-hak yang terhad diberi secara nyata di dalam ini, semua hak, hak milik dan kepentingan dalam dan kepada Laman Sesawang dan semua Kandungan yang terkandung di dalamnya adalah terpelihara dan dimiliki oleh Mastercard.

MASTERCARD MENGEKALKAN HAK UNTUK MENAFIKAN AKSES KEPADA LAMAN SESAWANG INI KEPADA ORANG LAIN TANPA NOTIS BUDI BICARA LENGKAP BAGI APA-APA SEBAB, TERMASUK UNTUK PELANGGARAN SEBARANG TERMA-TERMA PENGGUNAAN, TERMASUK SEBARANG HAK-HAK PENGGUNAAN.

Perubahan-perubahan kepada Laman Sesawang Mastercard dan Terma-terma Penggunaan

Mastercard berhak untuk menukar atau mengubah suai Kandungan, bahan-bahan atau maklumat yang terdapat pada atau berkaitan dengan Laman Sesawang ini, termasuk Terma-terma Penggunaan ini, atau menamatkan Program pada bila-bila masa tanpa notis kepada anda. Mastercard boleh pada bila-bila masa menyemak semula Terma-terma Penggunaan ini dengan  mengemas kini pengumuman ini, atau dengan memberikan maklumat lanjut semasa pendaftaran atau melalui pemesejan kepada anda. Anda bertanggungjawab untuk sentiasa mengkaji Terma-terma Penggunaan. Sebarang perubahan atau semakan adalah berkuatkuasa serta merta semasa dipaparkan. Penggunaan berterusan Program atau mengakses Laman Sesawang ini jika berlaku sebarang perubahan tersebut merupakan penerimaan anda terhadap perubahan tersebut.

Penamatan

Mastercard boleh menamatkan pendaftaran anda atau menyekat akses anda ke Laman Sesawang ini untuk apa-apa sebab pada bila-bila masa.

Sumbangan-sumbangan dan Pembelian-pembelian

Gambaran Keseluruhan

Program ini membolehkan pemegang-pemegang kad Mastercard mengambil bahagian dalam Program untuk membuat sumbangan kepada Priceless Causes dalam satu atau lebih daripada cara-cara yang berikut :

1. Sumbangan-sumbangan mikro;

Jenis-Jenis Sumbangan

1. Sumbangan-sumbangan Mikro

Anda boleh mendaftar pada Laman Sesawang untuk mengumpul sumbangan-sumbangan mikro bagi Priceless Causes pada bila-bila masa semasa anda membuat satu transaksi dengan mengunakan kad Mastercard yang berdaftar. Semasa anda berdaftar untuk membuat sumbangan-sumbangan mikro, kami akan merakamkan satu niat untuk menderma suatu jumlah yang telah ditetapkan untuk setiap transaksi yang dibuat dengan menggunakan kad Mastercard anda yang berdaftar kepada Priceless Cause yang anda memilih. Anda boleh memilih jumlah sumbangan mikro yang direkodkan untuk setiap transaksi semasa berdaftar pada platform tersebut, dengan  sumbangan mikro minimum MYR 0 setiap transaksi. Ini bermaksud bahawa setiap kali anda melakukan transaksi, suatu amaun yang bersepadan dengan jumlah sumbangan mikro yang anda memilih akan dirakamkan oleh Mastercard. Setiap kali sebulan, Mastercard akan mengira jumlah amaun sumbangan-sumbangan mikro yang dirakam terhadap kad anda dan, jika jumlah amaun sumbangan-sumbangan mikro telah sampai atau melebihi MYR 3, Mastercard akan:

  • Memproses suatu transaksi kepada kad anda untuk amaun terkumpul daripada   sumbangan-sumbangan mikro berkenaan dengan Priceless Cause yang anda telah memilih (sehingga   nilai sumbangan maksimum yang berkenaan yang telah ditetapkan untuk jenis sumbangan tersebut), dan
  • Menetapkan semula jumlah amaun sumbangan-sumbangan mikro yang dirakam terhadap Mastercard anda kepada kosong.

Jika, semasa suatu bulan, jumlah amaun sumbangan-sumbangan mikro yang terkumpul kurang daripada MYR 1, sumbangan-sumbangan micro akan terus mengumpul dan akan dimasukkan dalam kiraan Mastercard untuk sumbangan-sumbangan mikro terkumpul untuk bulan selanjutnya.

Kebenaran

Dengan memilih untuk membuat sumbangan, anda membenarkan Mastercard untuk memproses suatu transaksi kepada amaun sumbangan anda (sehingga nilai sumbangan maksimum berkenaan yang ditetapkan untuk jenis sumbangan tersebut) kepada Mastercard berdaftar anda bagi manfaat Priceless Cause(s) yang berkenaan.

Pembatalan dan penukaran sumbangan-sumbangan

Anda boleh menukar atau menbatalkan suatu sumbangan yang dijanji sebelum ini yang belum diproses oleh Mastercard dengan membuatlog masuk ke Laman Sesawang dan meminda maklumat-maklumat untuk sumbangan tersebut. Penukaran dan pembatalan kepada sumbangan-sumbangan mikro dijanji semasa satu bulan boleh dibuat pada bila-bila masa semasa bulan tersebut. Kepada setakat maksimum yang dibenarkan oleh undang-undang, anda bersetuju bahawa, sebaik sahaja satu transaksi telah diproses ke kad Mastercard anda, sumbangan tersebut tidak boleh dipinda ataupun dibalikan, kecuali setakat diwajibkan oleh undang-undang . Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan berkenaan dengan sumbangan-sumbangan yang telah diproses, sila hubungi bank pengeluar anda.

Sumbangan-sumbangan yang ditolak

Pada bila-bila masa, Mastercard boleh mengikut budi bicara mutlaknya membuat keputusan untuk mengeluarkan organisasi badan amal daripada inisiatif Priceless Cause. Dalam kes begitu, kami akan memberhentikan pemprosesan sebarang sumbangan-sumbangan berkenaan dengan organisasi tersebut dan memaklumkan anda melalui emel tentang penolakkan tersebut.
Pada bila-bila masa, jika Mastercard mengesyaki penipuan atau apa-apa aktiviti yang mungkin menyalahi undang-undang lain berkenaan dengan sumbangan atau organisasi badan amal, Mastercard boleh mengikut budi bicara mutlaknya memberhentikan pemprosesan sumbangan-sumbangan yang berkaitan kepada aktiviti itu. Dalam kes begitu, kami akan memberhentikan pemprosesan sebarang sumbangan-sumbangan berkenaan dengan organisasi tersebut dan memaklumkan anda melalui emel tentang penolakkan tersebut.

Hak-hak Harta Intelek

Kandungan Laman Sesawang adalah dilindungi oleh undang-undang harta intelek yang berkenaan dan semua Kandungan adalah dimiliki oleh Mastercard atau digunakan oleh Mastercard dibawah lesen atau dengan kebenaran. Semua teks, format (termasuk tanpa had kepada pilihan, penyelarasan dan penyusunan bahan-bahan di Laman Mastercard, dan imej, grafik, animasi, alat, widget, aplikasi, iklan, video, muzik, bunyi, artikel, salinan, bahan-bahan kreatif, gambar, cap dagang, cap perkhidmatan, nama dagangan, dan logo, dan bahan-bahan lain dan maklumat mengenai Laman Sesawang ini adalah tertakluk kepada hak-hak harta intelektual Mastercard, anak-anak syarikatnya dan ahili-ahli gabungannya dan pemberi lesen dan pemegang lesen masing-masing (secara kolektif “Kandungan”). Bahan-bahan ini tidak boleh disalin, melakukan pembalikan kejuruteraan, penyusunan, menyahhimpum , diubahsuai,  disiarkan semula di laman-laman Sesawang yang lain,  dirangka, dipautkan khusus, ditukar, atau sebaliknya diedar, diedar semula, dilesenkan, disublesen atau dipindahkan dalam sebarang bentuk oleh anda. Tiada apa yang terkandung di Laman Sesawang Mastercard akan ditafsirkan sebagai pemberian, dengan implikasi, estopel atau sebaliknya, mana-mana lesen atau hak untuk menggunakan secara komersial mana-mana cap dagangan Mastercard, hak harta intelek atau bahan hak cipta tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu Mastercard. Cap-cap dagangan, logo, nama dagangan dan cap perkhidmatan, sama ada berdaftar atau tidak berdaftar (secara kolektif "Cap dagangan") yang dipaparkan pada Laman Sesawang Mastercard adalah cap dagangan Mastercard dan rakan-rakan pakatan pihak-pihak ketiganya. Tiada apa yang terkandung di Laman Sesawang Mastercard boleh dianggap sebagai pemberian tersirat atau sebaliknya, pemerian lesen atau hak untuk menggunakan mana-mana Cap dagangan dipaparkan di Laman Sesawang Mastercard tanpa kebenaran bertulis daripada Mastercard atau pihak ketiga yang mungkin memiliki Cap Dagangan tersebut.
Sebarang penggunaan tanpa kebenaran bahan-bahan komersial ini akan melanggar hak-hak harta intelek Mastercard dan akan tertakluk kepada hak-hak dan remedi-remedi Mastercard sepenuh yang ditakrifkan oleh undang-undang.

Sumbangan-sumbangan kepada Priceless Causes

Laman Sesawang ini adalah bukan ditadbir oleh Priceless Causes dan Terma-terma Penggunaan ini tidak mengawal sumbangan-sumbangan anda kepada Priceless Causes. Sebarang dan semua pertanyaan atau isu-isu berkaitan dengan penggunaan anda terhadap Laman Sesawang ini atau Terma-terma Penggunaan ini akan secara eksklusif ditujukan kepada Mastercard melalui maklumat hubungan yang diberikan di bawah. Anda perlu mengarahkan sebarang pertanyaan mengenai penggunaan Laman Sesawang ini kepada meja bantuan sokongan pelanggan  dengan menghubungi (masukkan nombor disini selepas diketahui ). Anda dengan selanjutnya bersetuju bahawa sumbangan-sumbangan kepada dan hubungan dengan Priceless Causes akan dikawal sepenuhnya oleh terma-terma pengunaan yang berkenaan Priceless Cause laman-laman Sesawang dan Polisi Privasi. Anda haruslah menghubungi bank pengeluar anda dengan sebarang pertanyaan atau isu-isu berkenaan dengan sumbangan-sumbangan.

Komunikasi-komunikasi

Anda mengakui dan bersetuju bahawa:

  • Mastercard akan menghantar maklumat dan komunikasi-komunikasi anda berkaitan dengan penyertaan anda dalam Program ini. Komunikasi-komunikasi tersebut boleh dihantar kepada alamat emel yang berdaftar anda atau kepada maklumat hubungan lain yang anda memberikan kepada Mastercard berkenaan dengan Program ini; dan
  • Priceless Causes boleh menghantar komunikasi- komunikasi yang berkaitan dengan penyertaan anda dalam Program ini. Komunikasi- Komunikasi tersebut adalah dicipta dan dihantar oleh Priceless Causes relevan dan bukan Mastercard. Oleh itu, Mastercard tidak bertanggungjawab untuk komunikasi- komunikasi tersebut atau kandungannya.

Aduan-aduan Hak Cipta

Dalam mengendalikan Laman Sesawang tersebut, Mastercard boleh bertindak sebagai " pembekal perkhidmatan-perkhidmatan" dan menawarkan prerkhidmatan-perkhidmatan sebagai pembekal dalam talian bahan-bahan dan pautan ke laman-laman Sesawang pihak ketiga. Sebagai hasilnya, bahan-bahan pihak ketiga yang Mastercard tidak memiliki atau mengawal boleh dipindah, disimpan, diakses atau disediakan melalui penggunaan Laman Sesawang ini. Mastercard telah menetapkan prosedur-prosedur mandat tertentu yang sah  mengenai dakwaan-dakwaan pelanggaran hak cipta yang berlaku pada Laman Sesawang ini dan telah menerima pakai satu polisi yang memperuntukkan penyingkiran serta-merta sebarang kandungan atau penggantungan mana-mana pengguna yang didapati telah melanggar hak-hak Mastercard atau pihak ketiga, atau yang sebaliknya melanggar mana-mana undang-undang harta intelek atau peraturan-peraturan, atau Perjanjian ini. Jika anda mempercayai sebarang material yang disediakan melalui Laman Sesawang itu telah melanggar hak cipta, anda harus memaklumkan Mastercard. Mastercard akan bertindak balas dengan segera untuk mengeluarkan atau melumpuhkan akses kepada bahan yang didakwa telah melanggar. Anda perlu menghantar notis-notis pelanggaran kepada:

Mastercard Asia/Pacific Pte Ltd
152 Beach Road, #35-00
The Gateway East
SINGAPORE 189721
Perhatian: Jabatan Undang-undang

Sila berikan notis berikut:

  • Mengenalpasti kerja hak cipta atau harta intelek yang lain yang anda menuntut telah dilanggari;
  • Mengenalpasti bahan pada Laman Sesawang bahawa anda menuntut adalah melanggar hak harta intelek, dengan maklumat yang mencukupi supaya Mastercard boleh mencarinya pada Laman Sesawang tersebut;
  • Satu pernyataan oleh anda bahawa anda mempunyai kepercayaan niat baik bahawa penggunaan yang dipertikaikan tidak dibenarkan oleh pemilik hak cipta, ejen, atau undang-undang;
  • Satu pernyataan oleh anda mengisytiharkan dibawah sumpah bohong bahawa (a) maklumat di atas di dalam notis adalah tepat, dan (b) bahawa anda adalah pemilik kepentingan hak cipta yang terlibat atau bahawa anda adalah dibenarkan untuk bertindak bagi pihak pemilik tersebut;
  • Alamat, nombor telefon dan alamat emel anda; dan
  • Tandatangan fizikal atau elektronik anda

Pengemukaan atau Maklumbalas

Dari semasa ke semasa, kami boleh meminta anda  memberikan maklumbalas pada Laman Sesawang tersebut dan produk-produk dan/atau perkhidmatan-perkhidmatan. Sebarang komunikasi atau bahan yang anda pindahkan atau  paparkan akan (a) dianggap sebagai tidak sulit dan dimiliki oleh Mastercard, (b) menjadi harta Mastercard dan Mastercard akan secara eksklusif sekarang dan selepas ini memiliki semua hak-hak, hak milik dan kepentingan mengenainya; dan (c) boleh digunakan tanpa sekatan oleh pemegang-pemegang lesen Mastercard dan ahli-ahli gabungan Mastercard  mengikut budi bicara mutlaknya tanpa apa-apa obligasi, pampasan atau liabiliti  kepada anda yang lain.  Penggunaan seperti ini mungkin untuk sebarang tujuan jua pun, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, pengeluaran semula, pendedahan, penghantaran, penerbitan, penyiaran dan pemaparan secara keseluruhan atau sebahagian, dalam sebarang medium dan dalam apa-apa cara, yang diketahui kini atau yang akan dihasilkan kemudian, di Laman Sesawang ini atau sebaliknya. Dan Mastercard tidak akan menanggung sebarang tanggungjawab untuk bertindak balas kepada mana-mana komunikasi seperti ini. Walau apa pun, Mastercard mengekalkan polisi untuk tidak menerima atau menimbangkan apa-apa idea-idea kreatif, cadangan-cadangan atau bahan-bahan daripada orang awam mengenai produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatannya ("Pengemukaan"), dan oleh itu, anda haruslah tidak membuat sebarang pemgemukaan kepada Mastercard dalam apa-apa komunikasi-komunikasi melalui Laman Sesawang ini atau sebaliknya. Walaubagaimanapun, jika anda menghantar kepada kami satu Pengemukaan, walaupun permintaan kami untuk tidak berbuat demikian, jadi Pengemukaan tersebut akan dengan segera menjadi harta Mastercard dan Mastercard akan, secara esklusif, sekarang dan selepas ini memiliki semua hak-hak, hakmilik dan kepentingan mengenainya. Tambahan pula, Mastercard adalah bebas untuk menggunakan mana-mana Pengemukaan untuk sebarang tujuan, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, membangun dan memasarkan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan. Mastercard tidak akan bertanggungjawab ke atas penggunaan atau pendedahan sedemikian Pengemukaan itu atau bagi apa-apa persamaan dalam Pengemukaan dan apa-apa produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan Mastercard masa depan.

Kandungan Pihak Ketiga dan Pautan ke Laman-Laman Sesawang Lain

Laman Sesawang ini mengandungi kandungan pihak ketiga dan pautan ke laman-Laman Sesawang lain yang tidak bersandar kepada Laman Sesawang ini. Kandungan-kandungan pihak ketiga dan pautan-pautan adalah termasuk semata-mata  untuk kemudahan pengguna dan tidak merupakan apa-apa kelulusan, pengesahan atau jaminan oleh Mastercard. Selain itu, Mastercard tidak akan bertanggungjawab bagi ketepatan, kesempurnaan, atau kebolehpercayaan maklumat pihak ketiga, atau produk- produk atau perkhidmatan- perkhidmatan yang ditawarkan atau dijual melalui mana-mana laman-laman Sesawang yang dikaitkan dan anda bertanggungjawab sepenuhnya penggunaan maklumat pihak ketiga. Sebarang perjanjian-perjanjian, transaksi-transaksi, atau penyusunan -penyusunan lain yang dibuat di antara anda dan pihak ketiga tersebut adalah sepenuhnya atas risiko anda sendiri.  Semasa anda klik pada pautan pihak ketiga, anda akan meninggalkan Laman Sesawang itu. Sebarang maklumat peribadi yang anda mengemukakan pada Laman Sesawang yang terhasil tidak akan dikumpul atau dikawal oleh Mastercard tetapi akan tertakluk kepada notis privasi dan terma-terma penggunaan Laman Sesawang yang terhasil.
Mastercard tidak akan bertanggungjawab untuk memeriksa dan menilai, dan kami tidak menjamin penawaran apa-apa kandungan pihak ketiga.

Notis Privasi

Mastercard mengetahui tentang kepentingan untuk menghormati privasi mereka yang melawat dan memilih untuk mengambil kesempatan program-program ini dan maklumat yang ditawarkan di Laman Sesawang ini. Klik untuk melihat polisi privasi yang berkaitan dengan penyertaan anda dalam Priceless Causes

Indemnifikasi

Anda bersetuju untuk menanggung rugi dan melepaskan Mastercard dan rakan-rakan kongsi perniagaannya dan pegawai, pengarah, pekerja dan ahli-ahli gabungan daripada apa-apa liabiliti, kerugian, tuntutan dan kos, termasuk tanpa had, yuran dan perbelanjaan peguam yang munasabah, yang berkaitan dengan atau yang timbul daripada: (i) pelanggaran anda tentang Terma-terma Penggunaan; (ii) penyalahgunaan anda di Laman Sesawang ini; dan (iii) pelanggaran atau pelanggaran hak cipta atau harta intelek lain atau hak-hak lain pihak ketiga yang terkandung dalam Pengemukaan anda dan/atau mana-mana pelanggaran undang-undang lain atau pelanggaran kewajipan-keawjipan kontrak yang berhubungan dengan Pengemukaan anda.

Penafian Waranti-waranti

Walaupun Mastercard akan menggunakan usaha yang munasabah untuk memastikan bahawa semua bahan-bahan di Laman Sesawang ini adalah betul; namun, ketepatan tidak boleh dijamin dan Mastercard tidak menanggung apa-apa tanggungjawab atau liabiliti ke atas ketepatan, kesempurnaan atau ketulenan apa-apa maklumat yang terkandung dalam Laman Sesawang ini.

LAMAN SESAWANG INI, DAN SEMUA KANDUNGAN DISINI ADALAH DIBERIKAN KEPADA ANDA "SEPERTIMANA," DAN "SEBAGAI TERSEDIA," DAN SEMUA WARANTI-WARANTI, NYATA ATAU TERSIRAT, ADALAH DISINI DINAFIKAN, TERMASUK SEBARANG WARANTI KEBOLEHDAGANGAN, HAKCIPTA/BUKAN PELANGGARAN, MAKLUMAT QUALITI, ATAU KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU. TIADA MAKLUMAT YANG ANDA PEROLEHI DARI MASTERCARD MELALUI LAMAN SESAWANG INI AKAN MEWUJUDKAN SEBARANG WARANTI YANG TIDAK DINYATAKAN DI SINI. TANPA HAD, MASTERCARD MENAFIKAN SEMUA WARANTI- WARANTI MENGENAI KETERSEDIAAN LAMAN SESAWANG INI, BAHAWA LAMAN SESAWANG INI AKAN BEROPERASI TANPA RALAT, KEROSAKAN AKAN DIPERBETULKAN ATAU LAMAN SESAWANG INI BEBAS DARIPADA VIRUS-VIRUS ATAU KOMPONEN-KOMPONEN BERBAHAYA LAIN. PENGGUNAAN ANDA PADA LAMAN SESAWANG INI ADALAH PADA RISIKO ANDA SENDIRI, SEBARANG KANDUNGAN YANG DIMUAT TURUNKAN ATAU DIPEROLEHI DENGAN CARA LAIN MELALUI LAMAN SESAWANG INI ADALAH DISEDIAKAN PADA RISIKO ANDA SENDIRI, DAN ANDA ADALAH SEPENUHNYA BERTANGGUNJAWAB UNTUK SEBARANG KEROSAKAN KEPADA SISTEM KOMPUTER ATAU SEBARANG KEHILANGAN DATA YANG BOLEH DISEBABKAN OLEH PENGGUNAAN ANDA PADA LAMAN SESAWANG INI, TERMASUK TANPA HAD, KEROSAKAN DISEBABAKAN OLEH VIRUS-VIRUS KOMPUTER. TIADA APA-APA DALAM TERMA-TERMA INI MENGECUALIKAN ATAU HAD LIABILITI - LIABILITI MASTERCARD (I) UNTUK KEMATIAN ATAU KECEDERAAN PERIBADI YANG DISEBABKAN OLEH KECUAIAN, (II) UNTUK PENIPUAN ATAU SALAH NYATA PENIPUAN, ATAU (III) APA-APA PERKARA YANG MENJADIKAN HARAM UNTUK MASTERCARD BAGI MENGECUALIKAN ATAU CUBA UNTUK MENGECUALIKAN LIABILITINYA.

Penafian Gantirugi dan Had Liabiliti  

DALAM APA KEADAAN PUN MASTERCARD, RAKAN-RAKAN PERNIAGAAN ATAU AHLI-AHLI GABUNGAN MASING-MASING BERTANGGUNJAWAB KE ATAS APA-APA TIDAK LANGSUNG, KHAS, PUNITIF, TELADAN, APA JUA KEROSAKAN BERBANGKIT, GANTI RUGI HARTA, KEHILANGAN PENGGUNAAN, KERUGIAN PENIAGAAN, KERUGIAN EKONOMI, KEHILANGAN DATA ATAU KERUGIAN PROFIT, TANPA MENGAMBIL KIRA BENTUK TINDAKAN (TERMASUK TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA PERJANJIAN, KECUAIAN, ATAU TINDAKAN-TINDAKAN BERBENTUK TORT) TIMBUL DARI ATAU BERKENAAN DENGAN PENGGUNAAN ANDA ATAU AKSES LAMAN SESAWANG TERSEBUT, KANDUNGANNYA, WALAUPUN MASTERCARD ATAU RAKAN-RAKAN KONGSI, PEKERJA, WAKIL ATAU AHLI-AHLI GABUNGAN TELAH DINASIHATKAN TENTANG KEMUNGKINAN KEROSAKAN ATAU KERUGIAN. DALAM APA KEADAAN PUN JUMLAH LIABILITI MASTERCARD KEPADA ANDA UNTUK SEMUA KEROSAKAN, KERUGIAN DAN PUNCA-PUNCA TINDAKAN, SAMADA DALAM PERJANJIAN, TORT (TERMASUK, TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA, KECUAIAN), ATAU SEBALIKNYA MELEBIHI AMAUN YANG DIBAYAR OLEH ANDA, JIKA ADA, ATAU USD 100 (MENGIKUT MANA YANG KURANG), BAGI MENGAKSES ATAU MENYERTAI DALAM APA-APA AKTIVITI BERKENAAN KEPADA LAMAN SESAWANG. TIADA APA-APA DALAM TERMA-TERMA INI YANG MENGECUALIKAN ATAU MENGHADKAN LIABILITI MASTERCARD (I) UNTUK KEMATIAN ATAU KECEDERAAN PERIBADI YANG DISEBABKAN OLEH KECUAIAN, (II) UNTUK PENIPUAN ATAU SALAH NYATA PENIPUAN, ATAU (III) APA-APA PERKARA YANG IA AKAN MENJADI HARAM MASTERCARD UNTUK MENGECUALIKAN ATAU CUBA UNTUK MENGECUALIKAN  LIABILITINYA.

Tanpa mengehadkan yang tersebut di atas, kami tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang yuran kad akaun atau penalti-penalti yang anda menanggung pada Mastercard anda akibat daripada penggunaan Laman Sesawang atau penyertaan dalam Program.
Mastercard tidak mewakili, waran atau menjamin bahawa mana-mana atau semua sumbangan-sumbangan yang dibuat melalui Platform akan ditolak atau bebas cukai untuk tujuan pendapatan atau tujuan-tujuan cukai yang lain, atau bahawa anda telah memilih Priceless Cause yang mempunyai atau akan terus mempunyai status amal atau bukan keuntungan, atau mematuhi keperluan undang-undang yang berkenaan kepada pertubuhan organisasi badan-badan amal dalam apa-apa bidang-bidang kuasa. Sebarang liabiliti cukai  akibat daripada penyertaan anda dalam Program ini akan menjadi tanggungjawab sepenuh anda, dan bukan tanggungjawab kami atau tanggungjawab Priceless Causes, Mastercard atau institusi-institusi kewangan yang mengeluarkan Mastercard kad anda. Anda mengakui dan bersetujui bahawa ia adalah tanggunjawab sepenuh anda untuk menentukan kesan-kesan cukai, jika ada, dalam membuat sumbangan-sumbangan, dan jika anda memerlukan resit cukai  atau sijil cukai berkenaan dengan sumbangan yang dibuat kepada Priceless Cause adalah tanggungjawab sepenuh anda untuk meminta daripada Priceless Cause yang relevan. Mastercard tidak akan memberikan anda suatu resit cukai yang berasingan sebagai sebahagian daripada proses sumbangan.

Ketidakbergunaan Terma-terma Penggunaan untuk mana-mana Perjanjian Pemegang Kad Kad  

Mastercard adalah satu organisasi perkhidmatan pembayaran terkemuka. Mastercard bukan satu institusi kewangan dan tidak mengeluarkan kredit, debit, prabayar atau kad-kad pembayaran. Sebarang dan semua pertanyaan atau isu-isu yang mengenai kad pembayaran Mastercard berjenama atau akaun pemegang kad harus ditujukan kepada bank atau institusi kewangan yang mengeluarkan kad anda, dan bukan Mastercard. Walaupun Mastercard mempunyai hubungan dengan bank pengeluar anda atau institusi kewangan, hubungan itu tidak berkaitan dengan pemegang kad individu - individu atau akaun- akaun kad pembayaran.

Pengendali Laman Sesawang

Laman Sesawang ini dikendalikan oleh Mastercard.

Lain-lain

Terma-terma Penggunaan termasuk sebarang obligasi-obligasi bukan kontrak atau liabiliti yang timbul daripada atau berkaitan dengannya, hendaklah ditafsirkan dan dilakukan secara eksklusif mengikut undang-undang Singapura tanpa memberi kesan kepada mana-mana prinsip-prinsip konflik-konflik undang-undang.  Anda bersetuju secara nyata bahawa sebarang pertikaian yang timbul daripada atau berkaitan dengan Terma-terma Penggunaan ini, termasuk apa-apa pertanyaan mengenai kewujudannya, kesahan atau penamatan, hendaklah dirujuk dan akhirnya diselesaikan oleh timbang tara yang ditadbir oleh Pusat Timbang Tara Antarabangsa Singapura mengikut peraturan Timbang Tara Pusat Timbang Tara Antarabangsa Singapura yang sedang berkuatkuasa, yang mana kaedah-kaedah dianggap digabungkan melalui rujukan dalam klausa ini. Bilangan penimbang tara adalah satu. Tempat duduk, atau tempat undang-undang timbang tara hendaklah di Singapura. Bahasa yang akan digunakan dalam timbang tara adalah Inggeris. Anda dengan ini bersetuju kepada bidang kuasa peribadi tribunal timbang tara bagi tujuan-tujuan sebarang tindakan yang berkaitan dengan Laman Sesawang Mastercard, akses anda kepadanya atau penggunaannya, atau Terma-terma Penggunaan, dan untuk  proses penyampaian luar wilayah .
Terma-terma Penggunaan ini tidak boleh diserahhak oleh anda. Mastercard boleh menyerahkan hak-hak dan obligasi- obligasi yang ditetapkan dalam Terma-terma Penggunaan ini pada bila-bila masa . Sekiranya mana-mana bahagian atau peruntukan Terma-terma Penggunaan diadakan menyalahi undang-undang, tidak sah, tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan, bahagian tersebut hendaklah disifatkan diasingkan daripada Terma-terma Penggunaan dan tidak akan menjejaskan kesahihan dan penguatkuasaan mana-mana peruntukan- peruntukan yang lain. Kecuali yang disediakan disini, Terma-terma Penggunaan ini merupakan perjanjian keseluruhan diantara anda dan Mastercard berkenaan dengan hal perkara mereka. Peruntukan-peruntukan tertentu untuk Terma-terma Penggunaan boleh digantikan atau ditambah melalui notis undang-undang yang ditetapkan atau terma-terma yang terdapat pada halaman tertentu, aplikasi- aplikasi, alat- alat atau bahan-bahan lain yang anda boleh mengakses dalam Laman Sesawang ini. Kegagalan Mastercard untuk menguatkuasakan mana-mana peruntukan Terma-terma Penggunaan ini atau mana-mana terma-terma tambahan tidak akan dianggap sebagai penepian apa-apa peruntukan atau hak untuk menguatkuasakan peruntukan tersebut. Terma-terma Penggunaan ini dan sebarang dokumen-dokumen berkenaan boleh diterima dalam bentuk elektronik (sebagai contoh, melalui elektronik atau cara-cara lain yang menunjukkan persetujuan) dan persetujuan anda akan dianggap mengikat  anda dan Mastercard kepada Terma-terma Pengunaan ini.