Privacy Notice

Notis Privasi

Notis Privasi

Tarikh Berkuat Kuasa: September 20, 2017

Notis Privasi Program Priceless Causes Mastercard

Mastercard Asia/Pacific Pte. Ltd (“Mastercard”)  menghormati privasi anda. Mastercard adalah   entiti yang bertanggungjawab untuk memproses data peribadi anda   dalam konteks Program  "Priceless Causes" ("Priceless Causes"), yang menyediakan saluran untuk menderma kepada badan-badan amal yang terpilih dan bagi tujuan yang dikenal pasti di laman sesawang ini ("Laman"). Notis Privasi ini menerangkan jenis-jenis data peribadi yang kami mengumpul sehubungan dengan  Priceless Causes, tujuan-tujuan   kami mengumpul data peribadi tersebut dan dengan siapa data peribadi tersebut akan dikongsikan. Notis Privasi ini juga menerangkan langkah-langkah yang kami mengambil untuk melindungi keselamatan data peribadi. Kami juga memberitahu anda bagaimana anda boleh menghubungi kami untuk mengemas kini maklumat kenalan anda atau mendapatkan jawapan kepada soalan-soalan yang anda mungkin ada mengenai amalan-amalan privasi kami.

Notis Privasi ini terpakai kepada laman laman sesawang ini (Laman) sehubungan dengan penglibatan anda dalam  Priceless Causes dan tidak merangkumi pengumpulan dan penggunaan data peribadi anda dalam laman sesawang-laman sesawang jenama Mastercard yang lain atau pengumpulan dan penggunaan data peribadi anda oleh pengeluar-pengeluar Mastercard anda atau apa-apa maklumat atau komunikasi yang mungkin merujuk kepada Mastercard selain dalam Priceless Causes (sebagai contoh, luar ruang lingkup   Priceless Causes, sila lawat Privasi dasar privasi global kami di http://www.mastercard.com/sea/consumer/global-privacy-policy.html.

Lawatan anda kepada Laman tersebut adalah tertakluk kepada Notis Privasi ini dan Terma-terma Penggunaan.

1. Maklumat yang Kami Kumpulkan Mengenai Anda  

Sehubungan dengan penyertaan anda dalam Priceless Causes dan penggunaan Laman ini, kami meminta data peribadi tertentu anda seperti :

• Alamat E-mel
• Nama pertama
• Nama terakhir
• Kata laluan
• Nombor Akaun Peribadi
• Negara
• Poskod
• Bulan Tamat Tempoh
• Tahun Tamat Tempoh
• Butir-butir persetujuan anda telah diberi berkenaan dengan Priceless Causes (termasuk persetujuan anda kepada Terma-terma Penggunaan dan Polisi Privasi)

Kami mengumpul data peribadi anda daripada sumber-sumber berikut:

• Maklumat yang kami terima secara langsung daripada anda, sebaik sahaja anda didaftarkan dan melalui interaksi- interaksi   anda dengan kami yang berikutnya yang  berkaitan dengan Priceless Causes;
• Maklumat yang kami dapat semasa memproses transaksi- transaksi berkenaan dengan sumbangan-sumbangan yang anda buat melalui Laman sesawang; dan
• Maklumat daripada bank-bank memperoleh yang memproses transaksi- transaksi berkenaan dengan sumbangan anda.

Jika anda tidak memberikan kami data peribadi anda apabila diminta, ini   bermakna kami mungkin tidak boleh mendaftarkan anda dengan, atau mengendalikan penyertaan anda dalam Priceless Causes, dan anda mungkin tidak boleh membuat sumbangan-sumbangan kepada Priceless Causes. Kami juga mungkin tidak boleh untuk menjawab pertanyaan atau permintaan anda untuk mendapatkan bantuan yang berkaitan dengan Priceless Causes jika anda tidak memberikan kami data peribadi yang relevan.

2. Bagaimana Kami Menggunakan Maklumat yang Kami Kumpul

Kami mungkin menggunakan maklumat yang kami dapat mengenai anda untuk :

• Mencipta dan mengurus akaun dalam talian anda, mengenal pasti transaksi- transaksi anda yang layak, mengira jumlah derma dan menjawab pertanyaan-pertanyaan anda;  
• Berhubung dengan anda berkenaan dengan Priceless Cause dan kempen-kempen derma pada masa depan;
• Mengesahkan maklumat kad pembayaran anda;
• Melindungi dan mengelakkan penipuan, transaksi-transaksi tanpa kebenaran, tuntutan-tuntutan dan liabiliti-liabiliti yang lain, dan mengurus pendedahan risiko dan kualiti francais;
• Beroperasi, menilai dan meningkatkan perniagaan kami (termasuk membangunkan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan baru; menganalisis produk-produk, perkhidmatan-perkhidmatan dan laman-laman sesawang; memudahkan fungsi laman-laman sesawang kami; dan melaksanakan aktiviti perakaunan, pengauditan, bil, penyesuaian dan aktiviti-aktiviti koleksi);
• Memantau penggunaan dan meningkatkan aset-aset interaktif kami;
• Sebagaimana yang dibenarkan oleh undang-undang dan untuk mematuhi undang-undang-undang yang berkenaan dan standard-standard industri dan polisi-polisi kami;
• Menjalankan pengauditan, penyelidikan dan analisis untuk mengekalkan, melindungi dan meningkatkan perkhidmatan-perkhidmatan kami; dan
• Mentanpanamakan maklumat peribadi   dan menyediakan dan mengemukakan laporan data agregat yang menunjukkan maklumat tanpa nama, (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, yang berikut: kompilasi, analisis, model dan peraturan analisis dan ramalan , dan laporan lain yang diagregatkan ) bagi tujuan menasihati institusi pemeroleh  peniaga- peniaga dan pelanggan-pelanggan lain dan rakan-rakan kongsi mengenai masa lalu dan potensi corak perbelanjaan masa depan  , penipuan, dan permerhatian lain yang boleh diambil dari data ini.

3. Maklumat Kami kongsi

Kami tidak akan menjual atau mendedahkan data peribadi yang kami mengumpul mengenai anda, kecuali seperti yang diterangkan disini atau seperti yang didedahkan kepada anda pada masa data itu dikumpulkan:

• Kami kongsi maklumat untuk mengoperasikan Priceless Cause dan Laman ini dengan ibu pejabat dan ahli-ahli gabungan, termasuk Mastercard International Inc.

• Kami juga kongsi maklumat mengenai dermaan anda dengan Priceless Causes yangmana anda pilih untuk menerima sumbangan-sumbangan anda ("Penerima-penerima Derma"). Maklumat yang kami berkongsi dengan Penerima-penerima Derma termasuk: nama anda, alamat e-mel berdaftar anda, negara anda dan butir-butir sumbangan anda. Penerima-penerima sumbangan boleh menggunakan maklumat ini untuk menghubungi anda untuk mengucapkan terima kasih atas sumbangan anda dan menyediakan anda dengan maklumat mengenai aktiviti-aktiviti mereka (termasuk penggunaan Penerima-penerima Derma bercadang untuk membuat, atau telah membuat, sumbangan anda) dan apa-apa resit cukai atau sijil yang boleh dikehendaki yang berkaitan dengan sumbangan anda;

• Kami juga kongsi maklumat dengan Pemeroleh-pemeroleh yang memproses sumbangan-sumbangan yang dibuat untuk Priceless Causes. Maklumat yang kami berkongsi dengan Pemeroleh-pemeroleh termasuk: negara anda, butir-butir kad kredit dan debit anda dan butir-butir sumbangan anda. Pemeroleh-pemeroleh menggunakan maklumat ini untuk memproses transaksi- transaksi berkenaan dengan sumbangan- sumbangan  anda yang dibuat melalui laman sesawang Priceless Causes;

• Kami juga  mungkin kongsi maklumat dengan pembekal-pembekal perkhidmatan kami yang melaksanakan perkhidmatan- perkhidmatan bagi pihak kami. Kami tidak membenarkan pembekal-pembekal perkhidmatan untuk menggunakan atau mendedahkan maklumat itu kecuali seperti yang diperlukan untuk melaksanakan perkhidmatan- perkhidmatan tertentu bagi pihak kami atau mematuhi keperluan undang-undang. Kami mewajibkan pembekal-pembekal perkhidmatan, melalui kontrak yang sewajarnya, untuk melindungi privasi dan keselamatan data peribadi yang diproses oleh mereka bagi pihak kami;

• Kami juga mungkin mendedahkan maklumat tentang anda (i) jika kami dikehendaki berbuat demikian oleh undang-undang atau proses undang-undang, (ii) kepada pihak-pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang atau pegawai-pegawai kerajaan rasmi yang lain, atau (iii)  bila kami percaya pendedahan adalah diperlukan atau sesuai untuk mengelakkan kecederaan fizikal atau kerugian kewangan, atau berkaitan dengan suatu penyiasatan aktiviti penipuan atau akitiviti yang menyalahi undang-undang, yang disyaki atau sebenar, atau aktiviti haram; dan

• Kami juga mempunyai hak untuk memindahkan data peribadi yang kami ada mengenai anda sekiranya kami menjual atau memindahkan semua atau sebahagian daripada perniagaan atau aset-aset kami. Sekiranya apa-apa penjualan atau pemindahan berlaku, kami akan menggunakan usaha-usaha yang munasabah untuk mengarahkan penerima pindahan untuk menggunakan data peribadi yang anda berikan kepada kami dengan cara yang konsisten dengan Notis Privasi ini. Berikutan dengan penjualan atau pemindahan tersebut, anda boleh menghubungi entiti yangmenerima data peribadi anda  dengan sebarang pertanyaan mengenai pemprosesan maklumat itu.

4. Pemindahan Data Peribadi

Mastercard mungkin memindahkan atau mendedahkan data peribadi kepada penerima-penerima di luar negara anda, termasuk Amerika Syarikat. Pemindahan atau pendedahan data peribadi ke luar negara anda mungkin tertakluk kepada sekatan-sekatan, dan Mastercard akan mengambil semua langkah-langkah yang diperlukan untuk memastikan pematuhan dengan undang-undang perlindungan data yang berkenaan, khususnya, keperluan undang-undang mengenai perlindungan yang mencukupi untuk pemindahan data ke negara-negara di luar negara anda. Sila ambil perhatian bahawa negara-negara yang Mastercard memindahkan atau mendedahkan data peribadi mungkin tidak mempunyai undang-undang perlindungan data yang sama seperti negara di mana anda pada mulanya memberikan maklumat, dan anda mungkin tidak mempunyai akses kepada mekanisme untuk melindungi data di bawah perlindungan data undang-undang di negara itu.

5. Bagaimana Kami Melindungi Data Peribadi

Kami mengehadkan akses kepada data peribadi anda yang bukan awam   kepada pekerja-pekerja dan kontraktor-kontraktor yang perlu mengetahui maklumat tersebut untuk melaksanakan tugas-tugas mereka. Kami mengekalkan perlindungan pengendalian, teknikal dan fizikal  yang munasabah yang mematuhi undang-undang perlindungan data yang berkenaan untuk melindungi data peribadi bukan awam anda yang kami ada.
Kami hanya menyimpan data peribadi selama yang diperlukan untuk memenuhi tujuan yang dikumpulkan, atau sebagaimana yang dimaklumkan kepada anda atau sebagaimana anda telah bersetuju, melainkan jika diperuntukkan oleh undang-undang. Kami mengambil langkah-langkah untuk memusnahkan data peribadi  bila tidak ada lagi keperluan perniagaan untuk menyimpan maklumat tersebut. Jenis langkah-langkah yang dilaksanakan adalah berbeza bagi maklumat yang berbeza dan cara-cara maklumat tersebut dikumpulkan dan disimpan.

6. Hak-hak dan Pilihan-pilihan Anda

Anda mempunyai hak untuk menerima maklumat mengenai data yang disimpan tentang anda dan untuk mendapatkan data peribadi anda dengan menggunakan maklumat hubungan yang diberikan dalam bahagian "Cara Menghubungi Kami" di bawah. Anda juga boleh meminta pada bila-bila masa bahawa data peribadi anda diperbetulkan, disekat atau dihapuskan jika ia tidak betul, tidak tepat atau lapuk. Mengikuti sebarang permintaan data untuk akses, pembetulan atau penghapusan, kami akan menyelesaikan permintaan anda seperti yang dikehendaki oleh undang-undang.
Jika anda membuat keputusan anda tidak lagi mahu Mastercard untuk memproses data peribadi anda, atas permintaan anda, kami akan menghapuskan akaun anda, dan apa-apa rujukan kepada anda akan dihapuskan. Sila ambil perhatian bahawa jika kami menghapuskan semua data peribadi anda, anda tidak lagi akan mempunyai akses kepada Program Priceless Causes Mastercard. Kami tidak akan menggunakan apa-apa mekanisme teknikal untuk menakluk anda kepada keputusan yang menghasilkan kesan undang-undang dan yang semata-mata berasaskan  pemprosesan automatik data.

7. Pautan ke Laman-laman sesawang Lain

Laman kami mungkin mengandungi pautan kepada laman-laman sesawang yang lain untuk kemudahan dan maklumat anda. Laman-laman sesawang ini boleh beroperasi secara bebas daripada Mastercard. Laman-laman sesawang mungkin mempunyai notis privasinya sendiri atau polisi-polisi, yang kami amat menyarankan anda untuk menyemak jika anda melawat mana-mana laman-laman sesawang yang dipautkan. Setakat mana-mana pautan yang anda lawati tidak dimiliki atau dikendalikan oleh Mastercard, kami tidak bertanggungjawab atas kandungan laman tersebut, sebarang penggunaan laman-laman sesawang tersebut, atau amalan-amalan privasi laman-laman sesawang tersebut.

8. Penggunaan Cookies

Kami kadang-kadang menggunakan teknologi cookie di Laman ini untuk memberikan maklumat dan perkhidmatan- perkhidmatan kepada pengunjung - pengunjung Laman. Cookies adalah cebisan maklumat yang dipindahkan laman sesawang ke cakera keras komputer anda untuk tujuan-tujuan penyimpanan rekod dan adalah bahagian penting dalam memudahkan urus niaga dalam talian. Kebanyakan pelayar-pelayar web ditetapkan untuk menerima cookies. Cookies adalah berguna untuk menganggarkan bilangan pengunjung-pengunjung dan menentukan corak trafik secara seluruhnya melalui Laman sesawang. Pembekal-pembekal Laman sesawang kami menggunakan cookies sesi dan menyimpan pada mesin anda untuk melaksanakan pengiraan 'hit' dan analisis trafik laman, dan juga untuk menyediakan fungsi Laman. Jika anda tidak mahu menerima apa-apa cookies anda boleh menetapkan pelayar anda untuk menolak cookies. Ini bermakna anda tidak akan dapat mengambil kesempatan penuh daripada perkhidmatan- perkhidmatan di Laman ini.

9. Perubahan pada Notis Privasi ini

Notis Privasi ini boleh mungkin akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk menyelaraskan sebarang perubahan dalam amalan data peribadi kami. Kami akan memaparkan notis di laman ini untuk memberitahu anda tentang sebarang perubahan penting kepada Notis Privasi kami dan sekiranya terdapat sebarang perubahan terkini, kami akan memaparkan di bahagian atas notis ini.

10. Bagaimana Menghubungi Kami

Jika anda ingin mengemas kini maklumat yang kami ada mengenai anda atau pilihan-pilihan anda, anda boleh berbuat demikian dengan mengakses data yang telah dimasukkan di Laman ini dan mengubah suai secara langsung. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, komen atau aduan mengenai Notis Privasi ini, atau mengenai cara kami mengendalikan data peribadi, atau jika anda ingin meminta akses atau ingin membetulkan data peribadi atau membuat permintaan untuk mengehadkan pemprosesan data peribadi anda, anda boleh menghubungi,  kimi dengan menghubungi nombor talian telefon Malaysoa di laman https://www.mastercard.us/en-us/about-mastercard/who-we-are/global-locations.html, melalui e-mel: privacyanddatausage@mastercard.com.

Global Privacy & Data Usage Officer
Mastercard Asia/Pacific Pte. Ltd.
3 Fraser Street - Level 17
DUO Tower
Singapore 189352

Untuk membantu Mastercard dalam membalas permintaan anda, sila berikan butir-butir penuh mengenai isu tersebut. Mastercard akan mengkaji semula dan membalas kepada semua aduan dalam tempoh masa yang munasabah. Jika anda tidak berpuas hati dengan cara Mastercard membalas permintaan anda, anda boleh mengambil aduan anda kepada pengawal selia yang berkenaan dalam bidang kuasa anda.