PERTIWI Soup Kitchen

Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (PERTIWI) adalah sebuah organisasi yang berorientasikan projek amalbakti khusus terhadap menangani hal-hal kebajikan dan keperluan wanita, kanak-kanak dan warga tua. Selama 50 tahun PERTIWI telah memainkan peranan penting dalam memberi pelbagai bentuk bantuan. Ini termasuk melobi untuk hak-hak wanita di Malaysia, mendidik, memupuk serta memperkasa wanita di samping mengekalkan peranan tradisi kekeluargaan mereka. Di antara misi-misi sosial dan aktivitiaktiviti kebajikan PERTIWI termasuklah penyediaan kemahiran celik huruf dan seminar-seminar kesedaran pendidikan, bantuan perubatan ke kawasankawasan terpencil, dan latihan-latihan kemahiran untuk ibu-ibu tunggal di samping program-program lain. Aktiviti-aktiviti PERTIWI dikendalikan oleh satu jawatankuasa induk dan oleh sekumpulan sukarelawan daripada segenap lapisan masyarakat. Untuk melanjutkan lagi usaha jangkauan komuniti, PERTIWI memulakan projek “soup kitchen” pula pada tahun 2010 untuk memberi makanan percuma serta bantuan lain kepada golongan gelandangan dan miskin tegar.

“Soup kitchen” merupakan satu cara penting untuk memberi balik kepada komuniti dengan menawarkan makanan sihat kepada mereka yang memerlukan. Projek ini berusaha untuk mencapai objektif-objektif berikut:

• Mengedar makanan berkhasiat yang siap dibungkus, dan air bersih 4 malam seminggu di kawasan-kawasan dalaman bandaraya di mana kelompok-kelompok penerima tinggal.

• Meningkatkan kesedaran terhadap bilangan gelandangan dan miskin tegar di bandaraya kita.

• Menggalakkan tajaan pihak korporat dan media, dan penglibatan sukarelawan yang komited untuk mengedarkan makanan kepada mereka yang memerlukan.

Projek PERTIWI Soup Kitchen ini merupakan suatu perkhidmatan bantuan makanan kemanusiaan kepada gelandangan dan miskin tegar tanpa mengira bangsa dan agama. Melalui interaksi dengan pelbagai komuniti yang hidup melarat di tengah-tengah kotaraya ini, beberapa usaha tambahan juga dijalankan untuk membantu mereka berdikari. Projek PERTIWI Health Services pula membantu golongan gelandangan dan miskin tegar dengan memberi bantuan pemeriksaan doktor serta ubat secara percuma untuk penyakit biasa.

 

“Soup kitchen” boleh ditemui di kebanyakan bandar di dunia ini. Kewujudan mereka ialah untuk menyediakan makanan asas kepada yang kelaparan, bukan kerana mereka malas atau hanya mengharapkan bantuan, tetapi lebih kerana mereka tidak mendapat makanan yang cukup atau pemakanan yang sesuai. Mereka yang memerlukannya merangkumi kanak-kanak, ibu bapa dan warga emas. Kejayaan ekonomi dan kemakmuran Malaysia telah meletakkan isu kelaparan di negara ini yang bukan bermakna mereka yang memerlukan tidak langsung mendapat makanan, tetapi sama ada mereka mendapat makanan secukupnya setiap hari, dan kepedulian kita untuk menyediakan makanan kepada mereka.

Projek “PERTIWI Soup Kitchen” ini diwujudkan untuk menyediakan makanan di pelbagai lokasi sekitar Kuala Lumpur secara tetap. Usaha jangkauan komuniti ini diwujud dan diuruskan oleh Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (PERTIWI), salah sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan yang paling lama di Malaysia, dengan bantuan daripada penaja-penaja korporat dan individu.

Powered by You
+
MasterCard
UNTUK