MKKM

Apa itu MKKM?

Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia atau lebih dikenali sebagai MKKM, telah didaftarkan semula pada tahun 1979 sebagai sebuah organisasi yang mewakili badan-badan NGO di dalam menyokong dan mengendalikan hal-hal kebajikan dan kesejahteraan kehidupan kanak-kanak.
MKKM juga mempunyai 31 ahli pertubuhan gabungan yang mana ianya bertujuan untuk memberi perlindungan kepada kanak-kanak kurang upaya, kanak-kanak miskin dan yatim piatu, kanak-kanak yang mempunyai masalah sosial dan terabai dan juga kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan dan dieksploitasikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Objektif MKKM

MKKM memainkan peranan utama dalam mempertingkatkan dan membantu kualiti kehidupan kanak-kanak yang kurang upaya, kurang bernasib baik dan miskin. MKKM juga menyokong dasar-dasar dan program untuk meningkatkan hak kesihatan, perkembangan, perlindungan dan penyertaan kanak-kanak.

Apakah Program yang kendalikan oleh MKKM?

MKKM banyak mengendalikan program dalam bentuk sesi bina upaya, memberikan informasi teknikal, meneroka inisiatif dan strategi baru dalam memerangi isu-isu berbangkit mengenai kanak-kanak dan keluarga.  Program-program seperti ini dijalankan dengan hasil kerjasama dari badan-badan NGO yang lain dan juga dari agensi-agensi antarabangsa, serantau dan kerajaan.  Selain itu, MKKM juga menjalankan program bagi kanak-kanak yang memerlukan bantuan seperti kelas tuisyen, mengarang cerpen pendek, kemahiran hidup dan sokongan terhadap keluarga/anak-anak yang berada di dalam krisis.

Powered by You
+
Mastercard
UNTUK