Make a Wish

Sebahagian besar daripada kita mempunyai masa dan sumber untuk menjadikan impian kita menjadi kenyataan. Tetapi bagi kanak-kanak yang mempunyai penyakit mengancam nyawa, tumpuan dan tenaga mereka disalurkan sepenuhnya kepada usaha melawan penyakit tersebut. Kanak-kanak ini menghabiskan lebih banyak masa di hospital berbanding di sekolah, dan terpisah daripada keluarga mereka untuk tempoh masa yang lama semasa mereka menjalani rawatan. Tidak dapat dinafikan yang kehendak, harapan dan impian mereka tidak mendapat tempat dan keutamaan.

Di Make-A-Wish® Malaysia, kami percaya pada kekuatan sebuah impian yang dapat mengubah kehidupan. Impian kanak-kanak ini bukan sekadar sesuatu yang baik untuk dipunyai, tetapi ianya merupakan suatu pengalaman yang tidak akan dapat dilupakan mereka. Impian mereka membangkitkan imaginasi, memberi keseronokan dan menggalakkan kanak-kanak untuk mempunyai harapan yang membuatkan mereka ketawa dan bergembira. Pengalaman impian membantu mencipta kenangan yang luar biasa yang terus memberi harapan, keyakinan dan kekuatan yang berterusan selepas hasrat itu telah ditunaikan, membolehkan kanak-kanak tersebut untuk menghadapi ketakutan dan kesakitan dengan lebih baik dan meneruskan perjuangan untuk terus sembuh.

Sebagai sebuah organisasi bukan kerajaan, kami bergantung penuh dengan kutipan dana dan sumbangan daripada syarikat-syarikat dan individu untuk membolehkan kami meneruskan misi. Sejak mula ditubuhkan pada tahun 2010, Make-A-Wish Malaysia telah menunaikan lebih daripada 360 impian kanak-kanak dari seluruh pelusuk negara. Jadilah sebahagian daripada Make-A-Wish Malaysia dan bersama-sama kami menunaikan impian kanak-kanak ini menjadi kenyataan. Anda boleh memulakan tindak balas rantai dengan Harapan, Kekuatan dan Kegembiraan yang memberi inspirasi kepada kanak-kanak, keluarga dan semua orang di sekeliling mereka.

Powered by You
+
MasterCard
UNTUK