Food Aid Foundation

Di Food Aid Foundation, kami memiliki kepakaran dalam membangunkan sistem pengendalian makanan yang komprehensif seterusnya merintis satu penyelesaian jangka panjang untuk mengawalselia lebihan bekalan makanan yang dijamin selamat untuk tujuan pengedaran dan penggunaan.

Kami mengumpul dan menyelamatkan lebihan makanan berstatus HALAL, yang masih selamat untuk dimakan untuk diedarkan kepada penerima-penerima yang berkelayakan dalam usaha kami untuk membasmi kebuluran dan memgedarkan makanan yang berkhasiat dan bernutrisi.

Jika bekalan makanan dapat disalurkan secara konsisten kepada mereka yang memerlukan, ianya dapat mengurangkan masalah pembaziran makanan dan memberi manfaat kepda mereka yang memerlukan bantuan makanan. Ianya juga dapat membantu mengurangkan pembuangan makanan yang masih selamat dimakan ke tahap minima”

Operasi pengumpulan dan menyelamatkan makanan kami adalah seperti berikut:-

MENGUMPUL LEBIHAN MAKANAN HALAL YANG TELAH DIMASAK

diperolehi dari hotel-hotel, restoran-restoran dan premis makanan untuk diagihkan kepada golongan sasaran yang miskin dan memerlukan.

MENGUMPUL BAHAN MAKANAN HALAL YANG TIDAK MUDAH ROSAK

secara umumnya seperti makanan kering, makanan dalam tin atau makanan pra-pek daripada pengeluar makanan, pengimport, pemborong dan penyumbang secara sukarela; diedarkan ke rumah-rumah kebajikan bagi meringankan beban terhadap golongan kurang bernasib baik. Kami turut menerima produk yang menghampiri tarikh luput, produk yang tidak mengikut spesifikasi, produk yang dihentikan jualan atau promosi dan lain-lain.

MENGUMPUL BAHAN MAKANAN MENTAH SEGAR

dari pasar borong basah dan pasar borong kering serta syarikat-syarikat pengendali perkhidmatan makanan. Semua bahan makanan tersebut akan diproses secara teliti di dapur utama kami sebelum diagihkan ke rumah anak-anak yatim dan rumah kebajikan.

Powered by You
+
MasterCard
UNTUK